Pages

Tuesday, 11 January 2011

Sekolah sesi pagi atau petang??



Ana terfikirkan tentang perkara ini, apabila tiga orang adik ana bersekolah pada sesi pagi, dan seorang bersekolah pada sesi petang...

Pada pendapat antum, mana lebih baik?? Sesi persekolahan pada waktu pagi atau petang..  Kalau ana, ana lebih memilih untuk bersekolah di sesi petang. Ia lebih memudahkan...tp sedikit kekurangan. Betul ker??

Ini pendapat ana, mengenai kelebihan dan kekurangan bagi kedua-dua sesi persekolahan.

1)   Apabila pelajar sesi pagi pulang dari sekolah, mereka perlu melakukan kerja rumah pada waktu petang, kerana malam nanti mereka akan tidur. Selepas mereka tidur, mereka terpaksa pergi ke sekolah semula. Berbeza dengan pelajar yang bersekolah pada sesi petang. Apabila mereka pulang dari sekolah, mereka tidak perlu untuk terus membuat kerja rumah. Mereka dapat merehatkan minda mereka sehingga malam tanpa perlu memikirkan kerja sekolah. Ini kerana mereka dapat menyiapkan kerja sekolah mereka pada keesokan pagi.

2)   Namun, banyak pelajar lebih meminati persekolahan di sesi pagi. Ini kerana, sekiranya mereka bersekolah pada sesi pagi, mereka dapat meluangkan masa bersama-sama rakan mereka pada waktu petang di taman permainan atau padang bola. Selalunya pelajar-pelajar akan keluar bermain selepas waktu Asar. Jadi, para pelajar sesi petang tidak dapat untuk turut serta dalam permainan di padang kerana padang atau taman permainan kebiasaannya kelihatan kosong pada waktu pagi.

3)   Selain itu, kebanyakan pelajar akan menjadi lebih rajin pada waktu pagi berbanding petang. Mereka akan menjadi sedikit malas untuk belajar pada waktu petang. Contohnya, kawan ana pernah meluahkan ketidakpuasan hatinya pada ana apabila kami terpaksa bersekolah pada sesi petang. “hmm, ana x sronok ar.. ana dah lar malas time ptg2 nie, rasa cam nk tido ja... tapi, kena mai blajar plak...” Tengok, ini adalah salah satu sebab mengapa prestasi pelajar sesi petang kurang memuaskan. 


Masih banyak lagi kelebihan dan kekurangan yang tak dapat ana nukilkan kali ini disebabkan kekurangan masa.. Setakat ini, ana lebih menyukai pembelajaran pada waktu petang. 
Antum pula bagaimana??

2 comments:

  1. ada tak data bilangan sekolah yang ada 2 sesi pembelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudia...naseb bek lah blog ni send p ke email... kalau dak, mmg x baca lah...
      Maaf ya..x ada skrg ni...Kalau nk yg tu, kena p cari kat pejabat pelajaran..
      Nk buat reseacrh a?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...