Pages

Wednesday, 30 May 2012

KELEBIHAN dan FAEDAH BERSELAWAT ke atas BAGINDA RASULULLAH

Ada byk kelebihan dan faedah yg akan kita dapat pabila kita BERSELAWAT ke atas BAGINDA RASULULLAH...

Di dlm entry nie, ana nyatakan 40 kelebihan2 dan faedah itu...

  1. Menjunjung Perintah Allah S.W.T...
  2. Perkara yg sama2 dibuat oleh ALLAH S.W.T kerna ALLAH S.W.T juga berselawat ke atas Nabi S.A.W...
  3. Perkara yg sama2 dibuat oleh para malaikat kerna para malaikat juga berselawat ke atas Nabi S.A.W...
  4. Dikurniakan 10 rahmat oleh ALLAH S.W.T ke atas setiap selawat...
  5. Ditinggikan pangkat 10 darjat...
  6. Dituliskan baginya 10 kebajikan...
  7. Dihapus baginya 10 kejahatan...
  8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yg menaikkan doa itu ke langit..
  9. Mendapat syafa'at Nabi S.A.W...
  10. Mengampunkan dosa...
  11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita...
  12. Membolehkan DEKAT dengan Nabi S.A.W ketika Qiamat...
  13. Boleh menggantikan SEDEKAH bg org yg tidak sanggup...
  14. Ditunaikan segala hajat...
  15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat ALLAH S.W.T...
  16. Membersihkan hati dan mensucikannya...
  17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia AHLI SYURGA...
  18. Terlepas daripada huru hara Qiamat...
  19. Mendapat doa dan salam Nabi S.A.W...
  20. Mengingat kembali perkara yg lupa...
  21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu...
  22. Menghilangkan kemiskinan...
  23. Tidak termasuk dalam golongan org yg bakhil...
  24. Terlepas daripada kutukan Nabi S.A.W " Hinalah org yg disebutkan namaku disisinya tetapi tidak berselawat"...
  25. Menyenangkan jalan-jalan masuk ke syurga...
  26. Menjauhkan majlis dari menjadi busuk...
  27. Menyempurnakan setiap kalimah yg dimulakan dengan memuji ALLAH S.W.T...
  28. Mendapat Nur Ketika lalu di Titian (Sirat)
  29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar...
  30. Mendapat pujian ALLAH S.W.T di sisi para malaikat...
  31. Diberkatkan umur dan semua pekerjaan...
  32. Mendapat Rahmat ALLAH S.W.T dan sentiasa dikasihi ALLAH S.W.T...
  33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RASULULLAH S.A.W...
  34. ALLAH S.W.T RASULNYA S.A.W bertambah kasih pada kita...
  35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup...
  36. Nama org yg berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad S.A.W...
  37. Menetapkan kaki di Titian (Sirat)...
  38. Menunaikan sedikit hak Nabi S.A.W dan bersyukur kepada ALLAH S.W.T...
  39. Termasuk daripada zikrullah mengingat ALLAH S.W.T dan RASULNYA S.A.W...
  40. Mendapat kemulian dan keistimewaan ALLAH S.W.T...
Dipetik dari : Kitab Jilaul Afham
Susunan : Ibnu Qoyyim Al Jauziah (meninggal pada tahun 751 H)...

Apa yg ditulis ini...diambil dari dalam kitab Maulid Ad-Daiba'i...

Ya... Banyak sungguh kelebihan2 berselawat... Jadi..marilah kita perbanyakkan selawat... Marilah kita sama2 berQasidah... Semoga mendapat Rahmat disisinya...

Qasidah Al Muhammadiyah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...