Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang
tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang
kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi,
lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.
Apa Itu Ber’couple’?
Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah
dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan
mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan
cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula `masuk
line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih `advance’, teknologi SMS
digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling
suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan
kemudian ber’couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka
serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion.
Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan `hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan
dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan
dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada
saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.
Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik
dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan `makan tak
kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan- ungkapan cinta seperti
`sayang awak’, `love you’, `miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian
ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia
yang datang bertandang ke hati.
Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak
sehidup-semati. Sanggup bersumpah , setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang
hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya,
pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada
yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang
kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.
Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya, mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok.
Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah
tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin
dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita
perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah
S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada
kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi
pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya
berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau
ber’couple’? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman,
seperti dalam Surah Yasin (36) ayat 36: “Maha
Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa
yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak
mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat (49) ayat 13: “Hai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supa ya kamu saling kenal mengenal. Sesungg
uhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhny a Allah Maha Mengetahui lagiMaha
Mengenal.”
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita
boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang
hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata.
Firman Allah, “Katakanlah
kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguh
nya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Surah An-Nur (24)
ayat 30. Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita
menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang,
termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu.
Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja.
Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman, “Katakanlah
kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, …” Surah An-Nur (24) ayat 31.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam
sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para
pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini
jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling
berpandang -pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan
hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini
terdapat dalam Surah Al-Israa’ (1 7) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang
apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami
berbual-bual je”, “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1
001 alasan lagi.
Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat
ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah `walaa
taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah `walaa ta`maluu’ (jangan melakukan).
Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di
sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila
kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8
meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan
ber’couple’ adalah menghampiri zina,
dan menghampiri zina adalah HARAM. Ini adalah dalil-dalil
daripada Al-Quran .
Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad
S.A.W.? Dalam hadis, baginda Rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah
menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.
Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan
dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah R.a., dari Nabi S.A.W.
sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai
zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata,
zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata.
Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan
rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4
orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Mara m. *Sahih Muslim,
hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan
bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi
wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk
mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia,
membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar
serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan
tangan, berjalan
bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina.
Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia,
memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat
penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun
tidak bersua dari segi pancaindera,hati boleh berzina.
Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak
melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang
lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah
menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan
sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan
suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap
boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi.
Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula
berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan
perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya
kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi
mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja
yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.
Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius,
diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan
selepas menjadi suami
isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita,
keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman
percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang
baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk
perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang baik sebagai teman
hidupnya.
Firman Allah, “Wanita-wanita
yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk
laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang
baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.
Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang
baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan
berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih
jalan yang baik serta diredhai-Nya.
Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia
serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak
berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita
menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun
kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang
membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.
Firman Allah, “Dan
setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia
menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang
berpandangan tajam.” Surah Al-`ankabut(29) , ayat 38.
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak
dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya.
Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri
lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan
dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan
dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang
mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda
tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan.
Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan
sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan
tempat berbincang masalah. Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang
berbeza.
Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang
perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini
tidak boleh dilayan dan difikir-fikir kan kerana ianya merupakan hasutan
syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir
mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus
daripada memikirkannya.
Firman Allah, “Dan
jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf
ayat 201.
Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang
telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan
Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan
Rasul. Na’uzubillah..
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal (8), ayat 20-22, “Hai orang-orang yang beriman, taatlah
kepada Allah dan
Rasul-Nya,
dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perint
ah-perintah- Nya), (20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang
(munafik) yang berkata: “Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21)
Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling
Buruk pada
sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak
memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti. (22)” .
Orang yang paling buruk dalam pandanganAllah ialah mereka
yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong
dalam golongan
ini.
Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti
firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah ( 45) ayat 7- 11 : “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta
lagi banyak berdosa,(7 ) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya
kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan
dia tidak
mendengarnya. Maka beri khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan
apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat
itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan. (9)
Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun
apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan
sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang
besar. (10) Ini (Al Qur’an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada
ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih. (11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul, bukan hanya
ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang
lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita.
Firman Allah, “Sesungguhnya
orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud
memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul- Nya, dengan
mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap
sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud(dengan perkataan itu) mengambil jalan
(tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang
yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang
kafir itu siksaan yang menghinakan. (151)”. Surah An-Nisaa’ (4) ayat
150-151.
Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkan lah
perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah
sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat
oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah
Aj-Jaatsiah( 45) ayat 23, “Maka
pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya,
dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci
mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka
siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkan nya sesat).
Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini
amat susah, tetapi, ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman
dalam Surah Al-Baqarah (2) ayat 216, “Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui.”
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan
ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam
Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam. .
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap.
Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi
dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini
jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang
bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik.
Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya
jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang
bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam
mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyi ntai ini.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya
sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri.
Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal
ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk
perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik: Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah
mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang
sepatutnya.
“Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu
telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya,
sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan
niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus
berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian
mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa
mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama
bercinta, apabila ingin melangsungkan per kahwinan, emak dan ayah tak bersetuju
dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata
beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan
menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali
perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih
jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara
peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah
menjadi tunangan orang, adalah Haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain,
seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa
pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling
mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan
hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan
dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang
bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua -dua pasangan bermesra-mesra seperti
suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain
dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh
keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah,
mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga
batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua
pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah
diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup
penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada
berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa
yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh
manusia serta diredhai oleh Allah.
Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan.
Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan
atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita
itu.
Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah
bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua
dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu
mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita
sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta
bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan
muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi
ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina
dan hukumnya adalah HARAM.
*EDITED BY rusydan...
macam copy paste ja entry nih,,,hahaha
ReplyDeletenota nie ada lam laptop...(amek dari web mana tah)...
ReplyDeletetd baca balek... so, copy, then perkemaskan balik ja...