Pages

Friday, 20 December 2013

Perjalanan

Salam…dh lama x kongsi cerita di sini…

Di sini ada sedikit coretan buat teman2ku dan …………..

Hilangku bukanlah bererti aku kalah…hilangku bukanlah bererti aku takut..hilangku..hanyalah kerana ingin mencari jalan penyelesaian dan kekuatan yg diperlukan oleh diri ini…

Lets find our ways...
Dlm satu2 perjalanan yg kita tempuh..pasti ianya tidak selurus yg kita pinta..pasti ada liku2nya..kekadang…pasti ada lopak yg tanpa kita sedari..kita terjatuh kedalamnya…di dlm perjalanan ini juga terdapat air2 yg kotor yg kekadang terpercik mengenai kita..jadi..pastinya susah untuk kita menjadi sebersih2 manusia…yang melalui perjalanan dengan begitu mudah.. Namun…istimewanya perjalanan kita..kerna kita mempunyai peluang untuk membersihkan diri kita di kala kita berasa kotor…dan mgkin kita hanya perasankan kekotoran yg ada pada diri kita setelah kita benar2 kotor… Maka bila kita ingin membersihkan diri kita…kembali lah pada jalan yg satu..bertaubatlah…kerana Allah maha penerima taubat…Taubatlah antara cara yg diperlukan untuk kita membersihkan kekotoran pada diri kita…

Ya…aku pun sama seperti manusia lain..masing sedang mencuba untuk menempuh jalan ini…yg sentiasa berharap agar penghujung jalan ini…merupakan pengakhiran yg indah…

Ianya sama seperti kehidupanku…kehidupanmu..kehidupan kita semua..


Semoga kita Berjaya dlm menempuh perjalanan yg hanya sementara ini… Semoga kita peroleh pengakhiran yang baik…

Wednesday, 9 October 2013

Askar Cari Pasal..haha..

*Sebelum baca...better pause lagu kat bwh tu dulu..haha..

Tetiba terbayangkan situasi2 yg kat bawah nie...Cuba bygkan kalu bnda nie berlaku ketika dlm situasi perang..haha....


Giving an order to sniper

#Situasi 1

Soldier 1 : Do you copy that?
Soldier 2 : No Sir! Coz my teacher told me not to copy from others?
Soldier 1 : WHAT???

#Situasi 2

Soldier 1 : Do you copy that?
Soldier 2 : [hearing problem] No Sir! This is not coffee..this is tea sir...(while drinking tea)
Soldier 1 : WHAT???

Planning to plant a bomb

#Situasi 1

Soldier 1 : Go!Go!Go! Go to the truck...
Soldier 2 : Ok sir...[After reach truck] So...whats next?
Soldier 1 : Ok. Take out the bomb, n go plant it under the truck.
Soldier 2 : Wheres the bomb sir?
Soldier 1 : In your bag. Take it faster!
Soldier 2 : Aaa..Sir...
Soldier 1 : What your problem?
Soldier 2 : I left it at department...I don't bring the bomb..coz..its too dangerous for us..
Soldier 1 : WHY!!!!!!!!!

#ha...yg nie ja yg teringat..smlm ada tereka byk lg..
#Teeeeeringin nk buat scene mcm nie...haha...

A short story about my heart...

Hatiku...kekadang..mudah berubah...
 
Aku cuba untuk melupakan dia..tp..masih x boleh...
Aku cuba untuk menganggap dia seperti kawan biasa...tp x boleh..
Aku..aku..dan..aku..masih seperti itu...

Aku..cuba utk memikirkan ttg perkara lain..ya..ia berhasil..namun..kekadg..fikiran aku..masih teringatkan dia..
Saat aku terpikirkan dia...aku harap dia dlm keadaan bahagia..ya..itulah yg aku harapkn...
Jika dia bahagia bersama dengan org lain...harap...dia x lupakan aku.. 
Anggaplah aku sebagai kwn lama dia..

Jangan risau...aku x akan menggangu @ cuba mengambil hak org...

Ya..itulah apa yg aku nk smpaikan utk kali ini...
Harap dia mengerti..

*Are you happy in there..?

#Minta maaf sebb terlebih crita ttg fikiran ini ttg dia..
#Next time crita bab lain ya...

Friday, 27 September 2013

..::Ana Rusydan::..

Salam...

Lama rasanya x menulis di sini...Walaupun skrg ni dlm mod exam..tp..rasanya..nk amek sikit masa utk mnulis something di sini...


Sejak kebelakangan ini...diri ini selalu terfikir.."Apalah sebenarnya nk jadi dengan diriku ini?".. Kekadang rasa mcm dh x da halatuju dh...masa keadaan jadi mcm nie lah..bnda yg paling aku suka...selawat(qasidah)... Setiap kali selawat...rasa mcm hilang ja kekusutan2 yg memenuhi ruang legar kepalaku ini.. Tp...bg aku...persoalan yg timbul pada kala ini...memerlukan kepada satu jwpn...aku x boleh selalu mengelak untuk membiarkan persoalan itu tanpa ada jwpn yg pasti...

Btw...rasanya..aku belum lagi coretkan apa2 kisah yg berlaku sejak aku masuk ke Uitm ini...actually...mmg sgt byk perkara yg berlaku...dan..x termampu untuk aku coretkan kesemuanya di sini...apapun...nnty aku akan buatkan satu ruang untuk aku ceritakan apa2 yang berkaitan dengan alam pengajian universiti nie..

"Eh, dh nk habih semester kowt...rasanya..mcm dh terlambat ja..."
X da lah...sebab...ingt...
In english..: "Its NEVER be LATE...EXCEPT we DIE"..

So...see u in the next chapter of MY LIFE...

UITM LIFE...

Monday, 4 March 2013

Aku Ingin Sekali Seperti Mereka


Wahai saudaraku, pasti pernah terlintas di hati kita untuk memiliki kehidupan seperti saudara kita yang lain, yang mana secara pandangan kasarnya, kehidupan mereka lebih bahagia daripada kita.

Aku juga seperti kalian. Pernah terlintas dan berdoa kepada ALLAH, agar diberikan kehidupan seperti saudaraku itu. Tapi, setelah direnungkan dan difikirkan, aku rasa, perbuatanku itu seolah-olah tidak bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan padaku.

Tidak semua yang nampak di pandangan kita itu indah seindah-indahnya...Kerna, manusia ini, sebolehnya hendak menyembunyikan kekurangan-kekurangan yg dimilikinya. Jadi, hanya yang indah sahaja yang akan ditunjukkan.

Oleh itu, sedarilah.. Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini... Mungkin kehidupan kita tidak sesempurna saudara kita yang bernasib baik itu, tapi sedarilah, masih ada mereka yang hidupnya hanya mengharapkan rezeki yang tidak menentu...Kekadang sehari hanya sekadar sesuap nasi, kekadang, terpaksa berpuasa buat beberapa hari...

Jadi, berazamlah..berusahalah...untuk memperbaiki kehidupan kita... Jangan hanya tahu menyalahkan takdir... "ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, sehinggalah mereka berusaha untuk mengubahnya sendiri". ALLAH itu pasti akan memberi kepada mereka yang sentiasa kuat berusaha, berdoa, dan bertawakal padanya...

Kesimpulannya, tidak salah seandainya 'Aku Ingin Sekali Seperti Mereka', tapi haruslah kuat berusaha untuk menuju kearah kehidupan seperti mereka... Setelah kuat berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada ALLAH. Seandainya kita sesuai untuk hidup seperti mereka, pasti akan dipermudahkan segala urusan kita... Seandainya tidak, bersyukurlah, kerana ALLAH masih menyayangi kita, kerana itulah ALLAH tidak mahu kita hidup seperti mereka. Mungkin kita akan lupa pada ALLAH, tatkala kehidupan kita menjadi sibuk seperti mereka...
Syukur Alhamdulillah
"Ya ALLAH, kau hadirkanlah rasa syukur itu dalam diri kami, agar kami sentiasa mensyukuri akan nikmat-nikmat yang diberikanMU itu, Ya ALLAH". Ameen.

Sekian, Terima kasih.

Kesakitan itu satu anugerah.


ALLAH itu maha berkuasa. Yakinlah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Aku merupakan seorg insan yg biasa, sama sahaja seperti kalian yg di luar sana. "Semua manusia itu sama, apa yang membezakan mereka adalah Iman Dan Taqwa".

Benar...kadang-kadang kita memarahi dan membenci kesakitan yg kita lalui. Tapi ketahuilah, jika kita yakin dengan kata-kata dan janji ALLAH, pasti setelah kita melalui kesakitan itu akan datang kebahagiaan...YAKINLAH...

"Untuk mendapatkan kesenangan, pasti kena melalui kesusahan".

Kita patut bersyukur dengan sakit yg kita alami. Berbaik sangkalah dengan ALLAH, kerana ALLAH mengikut prasangka kita terhadapNYA. Jadi, bagi perkara2 yang sudah lepas dan telah berlaku, anggaplah ia takdir yg telah ditetapkan untuk diri kita. REDHAlah dengan apa yang terjadi, meskipun kadangkala, ia sangat pahit bg kita. Ingatlah kembali, antara rukun iman itu, ada diantaranya, berIMAN dengan QADA' dan QADAR.

"Ya ALLAH...sesungguhnya aku telah banyak berdosa kepadaMU. Aku pernah tidak bersyukur dengan sakitku, sedangkan di setiap kali aku sakit, dikala itulah aku berzikir padaMU dan Berselawat pada kekasihMU, RASULULLAH S.A.W. Sungguh bertuah aku, kerana diberi anugerah itu. Aku bermohon padaMU, agar diperkenankan doaku dan juga doa sekalian hambaMU ini, Ya Allah. Seandainya, mati itu lebih baik bagiku, maka kau ambillah nyawaku, tapi seandainya hidup itu lebih baik untukku, aku mohon perliharaanMU sepanjang hidupku itu, Ya ALLAH. AMEEN."

Ketahuilah wahai saudaraku sekalian, setiap manusia itu pasti akan diuji. Dan ALLAH menguji hambaNYA, mengikut kemampuan masing2. Percayalah, jika berat ujianmu itu, pasti ALLAH menyayangimu. Janganlah engkau salahkan sesiapa2 tatkala engkau diuji, lebih2 lagi ALLAH, tuhanmu... Yakinlah dan percayalah dengan janji-janji ALLAH. Janganlah engkau lupa untuk berusaha dan berdoa sebelum engkau bertawakal padaNYA.

Jadi, ingatlah 'kesakitan itu anugerah', bersyukurlah dengannya. Tapi janganlah engkau menjadikan sakit itu sebagai alasan untuk engkau terus hidup dalam keadaan sedemikian rupa. Berusalah sama untuk mencari penawarnya, kerana "Setiap sakit itu, ada penawarnya, kecuali mati'. Setelah berusaha, berdoalah pada ALLAH. Kemudian barulah bertawakal padaNYA.

Pesanan ini buat diriku khususnya, dan bagi sekalian saudaraku umumnya.

Sekian, Assalamualaikum

Wednesday, 2 January 2013

Kisah 2012

Assalamualaikum...

Dh lama rasanya x publish something kat sini...so, btw...insyaallah, kali nie, akan selesai menulis sehingglah dipublishkan...

Actually, there are so many stories yg berlaku dlm tahun nie... So, apa yg nk mentionkan dlm penulisan kali nie adalah perkara2 yg bg sy, ianya sesuatu yg spesial buat diri ini...

*Dalam tahun nie, sy ngn adik2 dh dpt duduk dan tinggal bersama2 dengan mak sy... actually, kalau nk ikutkan, sy mampu untuk hidup sendiri, tetapi, disebbkan adik2 yg masih belum habis sekolah, jd, perlu usaha untuk membawa mereka tinggal dengan ibu tercinta... Alhamdulillah..tercapai akhirnya..

with someone
*Dalam tahun nie, the best part yg sy x akan lupa, ialah...pada tahun nie, sy telahpun buat pertama kalinya, jatuh hati pada seseorg nie. Sometime, org kata, tu semua cinta biasa yg akan dilalui oleh semua org... tp, bg sy, dengn dia, sy bukannya nak main2..sy betul2 nak kenal keluarganya dan nak jaga dia... So, sy terus tekad untuk berusaha lebih kuat, supaya, selepas sy mampu menstabilkan keadaan keluarga sy (family first na), dan dia pun dh sedia utk ke alam penikahan, sy akan pergi meminangnya... Jadi, sy sgt2 nk hidup bersamanya...


*Dalam tahun nie jugalah, sy membuat perkara2 yg x pernah dibuat sebelum nie... antaranya, pergi ke Hospital di alor setar lewat2 malam...sekitar pukul 8 lebih mcm tu...n time tu, kelajuan kereta adalah lebih dari 160km/j... fuhh...mmg dasyat...sbb naik myvi ja time tu...


*Dalam tahun nie jugalah, salah seorg sepupu sy, telah pergi meninggalkan sy, buat selama2nya..bukan hanya meninggalkan sy, malah meningalkan seluruh seisi dunia termasuklah ahli keluarganya... Semoga roh beliau dicucuri rahmat di sana... Ameen..


Don't leave me
*Dalam tahun nie juga larh...sy mendapat khabar yg x menggembirakan..iaitu..'dia' telah pun bertunang dengan seseorg... sblum nie, sy pernah minta izin dia utk pergi berjumpa dan cuba kenal family dia...tp, dia selalu cakap yg belum masanya lg larh, sbb dia nak study dulu...so...sy pun x apa larh kan..sy hormati permintaannya tu... tp, last2, dengar khabr dia dh bertunang...dengan kwn sy plak tu... hmmm...x tahu larh nk kata apa... ada baaaaaaanyak sgt kenangn yg manis dengannya, walaupun kalau nk dibandingkan dengan org lain, kenangn dengan dia tu, masih lg sikit..tp x apa lah kan...never mind... so...musnahlarh harapan sy tu...

*Actually, byk lagi perkara2 yg berlaku...apa yg penting kat sini....si dia baru bertunang ja kan...belum lg berkahwin...so, atas sebb itu, sy masih lg setia untuk menunggu si dia...sehinggalarh ada pengganti sepertinya...sbb, sy sendiri x tahu, kenapa sy boleh jatuh hati padanya...yg sy tahu, sy nak jaga dia... One day, klaupun dia dh berkahwin dengan my friend, its okay...sy tetap akan jaga dia if something berlaku padanya, tetapi mestilah ada batasnya...sbb dia dh jadi hak milik org...

So, btw...kepada si dia...jika benarlah kamu utknnya, pergilah...tp, ketahuilah, bahawa diri ini akan sentiasa bersedia utk membantu kamu walau apa pun yg terjadi...sy pun x tahu kenapa...yg sy tahu, sy nk jaga kamu... kalau x boleh sebagai kekasih hati, sy akan jaga kamu sebagai sahabat... dont worry.. sy masih lg tahu batasannya...be profesional ok!!! By now, i hope, i'm still in list as your friend...

Ada satu nukilan yg telah dinukilkan khas buat kamu...cuma belum dipublishkan...mungkin belum masanya... atau...mungkin sy akan terus tidak mempublishnya, supaya hanya saya yg dapat membacanya sendiri...

So, lastly, i hope, this year, i can get more what i want...
Go, RUSYDAN, U Can Do It..

Till then,
Assalamualaikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...